Wednesday 27 November 2013

Bagaimana terjadinya/pembentukan Kembar Seiras, Kembar Tidak Seiras dan Kembar Siam

Kembar seiras/tidak seiras eh tak kisah lah kembar 2,3,4 orang pun... siapa tak mau.
tapi bukan mudah nak mengandung/hamil kembar ini.
tak semua wanita memiliki anak kembar.
Entry kali ni, aku nak cerita sedikit tentang pembentukan kembar seiras/tidak seiras dan kembar siam.

....

Pembentukan kembar ialah daripada persenyawaan dua ovum 
berasingan iaitu (Fraternal Twins- Dizygotic / Kembar tidak seiras) atau datu ovum disenyawakan kemudian dibahagikan kepada dua ( Identical Twins - Monozygotic / Kembar seiras). Terdapat beberapa jenis kembar seiras dimana bergantung kepada pembahagian sel pada hari tertentu. Pembentukan kembar berganda lebih daripada dua ataupun Kembar Siam juga bergantung kepada pembahagian sel.

....

Pembentukan Kembar - Kembar tidak seiras (Fraternal Twins)

Kembar tidak seiras timbul dari dua ovum disenyawakan berasingan dengan dua sperma. Kedua-dua zigot berkembang menjadi blastocysts dan menempel bebas di dinding. Kembar tidak seiras ini juga dikenali sebagai dichorionic diamniotic (DCDA) dimana setiap pembentukan janin mempunyai chorion, amnion dan kantung sendiri. Oleh itu, dua plasenta terbentuk dimana setiap janin mempunyai plasenta tersendirinya atau satu plasenta yang telah tercantum.



Pembentukan Kembar - Kembar seiras (Identical Twins)

Pembentukan kembar seiras timbul dari satu ovum disenyawakan dengan satu sperma, kemudiannya dibahagikan kepada dua janin. Akan tetapi, pembentukan chorion, amnion dan kantung bergantung kepada hari pembahagian janin tersebut. Jenis kembar seiras ialah:



1. Kembar Seiras : Dichorionic diamniotic (DCDA) - 2 Chorion, 2 Amnion

** Pembahagian zigot kepada dua janin yang mempunyai 2 chorion dan 2 amnion dalam 3 hari pertama selepas persenyawaan. Kembar DCDA mempunyai 2 plasenta.



2. Kembar Seiras : Monochorionic diamniotic (MCDA) - 1 Chorion, 2 Amnion

** Pembahagian zigot kepada dua janin yang mempunyai 1 chorion dan 2 amnion dalam 4-8 hari selepas persenyawaan. Kembar MCDA mempunyai 1 plasenta sahaja.


3. Kembar Seiras : Monochorionic monoamniotic (MCMA) - 1 Chorion, 1 Amnion

** Pembahagian zigot kepada dua janin yang mempunyai 1 chorion dan 1 amnion 8-13 hari selepas persenyawaan. Kembar MCMA juga mempunyai 1 plasenta sahaja.


4. Kembar Siam

** Pembahagian zigot yang tidak lengkap kepada dua janin yang bersetubuh mempunyai 1 chorion dan 1 amnion selepas 13 hari persenyawaan. Kembar siam juga mempunyai 1 plasenta sahaja.



*** semoga puan-puan diluar sana dapat memahami dan pengetahuan bagaiman terjadinya kembar seiras/tidak seiras dan kembar siam.
  
 Sekian.












No comments:

Post a Comment