Thursday 5 December 2013

Resepi : Pancake Old Fashioned - Simple n Sedap

Aku buat pankek semalam. frust punya pasal, aku buat pankek paling sedap dalam dunia.
malas aku nak citer panjang. ni aku bagi resepi.

comel je kan Pancake aku tu. hehe.

BAHAN-BAHANNYA 
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar (aku guna susu rendah lemak)
2 camca besar gula kastor
2 camca besar penuh mentega, cair dan sejukkan
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla
Jam Strawberry, mentega dan madu untuk dimakan bersama pancake

CARA MEMBUATNYA 
**Dalam satu bekas masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder, gula halus dan garam. Kacau rata. Buat lubang di tengah2 tepung dan masukkan telur, kacau perlahan dengan whisk, kemudian tuang susu segar sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga susu habis dan adunan sebati. Tuang mentega cair dan esen vanilla. Kacau rata hingga licin dan tidak berbintil2. Rehatkan 10 minit.


**Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak . Cedok 1/4 cawan adunan pancake dan tuang di tengah2 pan tadi. Biar adunan merebak sendiri. Masak dengan api kecil hingga permukaan pancake berlubang2 dan kelihatan pucat. Terbalikkan dan masak sekejap lagi dan angkat.

**Buat kaedah sama untuk baki adunan tadi...Hidangkan bersama mentega, strawberry jam atau madu. 

credit to : Dapur Tanpa Sempadan

haa siappp sudah.. apa lagi jommm mkn!!!

Its killing my feeling a lot.

Bebetul aku rasa down arini. Nak ikutkan hati malas betul aku nak pergi kerja, malas aku nak bercakap dengan siapa-siapa semuanya aku malas.

...

Bebetul aku rasa nak bunuh je perasaan aku sekarang. Rasa sedih yang melampau. Nak menangis air mata dah kering.

...

Bebetul aku rasa nak pergi bercuti lagi sekali. Sekali lagi aku rasa tension sangat. Aku rasa aku stress. Tapi dia, takda masa untuk aku.

...

Bebetul kali ni aku tak sempat merasa 'delay' pun. Aku gagal lagi cycle kali ni. 29hb ni birthday aku. Aku harap hadiah aku paling best dalam dunia tapi aku gagal lagi. Aku sedih.

...

Bulan 12 ni aku nk bebetul buang jauh2 semua. Malas aku nak buat apa-apa. Sebab aku rasa its killing my feeling alot.

Wednesday 27 November 2013

Bagaimana terjadinya/pembentukan Kembar Seiras, Kembar Tidak Seiras dan Kembar Siam

Kembar seiras/tidak seiras eh tak kisah lah kembar 2,3,4 orang pun... siapa tak mau.
tapi bukan mudah nak mengandung/hamil kembar ini.
tak semua wanita memiliki anak kembar.
Entry kali ni, aku nak cerita sedikit tentang pembentukan kembar seiras/tidak seiras dan kembar siam.

....

Pembentukan kembar ialah daripada persenyawaan dua ovum 
berasingan iaitu (Fraternal Twins- Dizygotic / Kembar tidak seiras) atau datu ovum disenyawakan kemudian dibahagikan kepada dua ( Identical Twins - Monozygotic / Kembar seiras). Terdapat beberapa jenis kembar seiras dimana bergantung kepada pembahagian sel pada hari tertentu. Pembentukan kembar berganda lebih daripada dua ataupun Kembar Siam juga bergantung kepada pembahagian sel.

....

Pembentukan Kembar - Kembar tidak seiras (Fraternal Twins)

Kembar tidak seiras timbul dari dua ovum disenyawakan berasingan dengan dua sperma. Kedua-dua zigot berkembang menjadi blastocysts dan menempel bebas di dinding. Kembar tidak seiras ini juga dikenali sebagai dichorionic diamniotic (DCDA) dimana setiap pembentukan janin mempunyai chorion, amnion dan kantung sendiri. Oleh itu, dua plasenta terbentuk dimana setiap janin mempunyai plasenta tersendirinya atau satu plasenta yang telah tercantum.



Pembentukan Kembar - Kembar seiras (Identical Twins)

Pembentukan kembar seiras timbul dari satu ovum disenyawakan dengan satu sperma, kemudiannya dibahagikan kepada dua janin. Akan tetapi, pembentukan chorion, amnion dan kantung bergantung kepada hari pembahagian janin tersebut. Jenis kembar seiras ialah:



1. Kembar Seiras : Dichorionic diamniotic (DCDA) - 2 Chorion, 2 Amnion

** Pembahagian zigot kepada dua janin yang mempunyai 2 chorion dan 2 amnion dalam 3 hari pertama selepas persenyawaan. Kembar DCDA mempunyai 2 plasenta.



2. Kembar Seiras : Monochorionic diamniotic (MCDA) - 1 Chorion, 2 Amnion

** Pembahagian zigot kepada dua janin yang mempunyai 1 chorion dan 2 amnion dalam 4-8 hari selepas persenyawaan. Kembar MCDA mempunyai 1 plasenta sahaja.


3. Kembar Seiras : Monochorionic monoamniotic (MCMA) - 1 Chorion, 1 Amnion

** Pembahagian zigot kepada dua janin yang mempunyai 1 chorion dan 1 amnion 8-13 hari selepas persenyawaan. Kembar MCMA juga mempunyai 1 plasenta sahaja.


4. Kembar Siam

** Pembahagian zigot yang tidak lengkap kepada dua janin yang bersetubuh mempunyai 1 chorion dan 1 amnion selepas 13 hari persenyawaan. Kembar siam juga mempunyai 1 plasenta sahaja.



*** semoga puan-puan diluar sana dapat memahami dan pengetahuan bagaiman terjadinya kembar seiras/tidak seiras dan kembar siam.
  
 Sekian.












Monday 25 November 2013

Khasiat Pati Delima Gulsan - Menguatkan dan menyuburkan rahim.


Entry kali ni aku nak citer pasal Khasiat Pati Delima Gulsan.
Aku pernah bagitau korang yang akak ipar aku dia conceive baby dia makan pati delima gulsan ni.
jadi aku pun nak cerita serba sedikit mengenai khasiat pati delima gulsan khas untuk wanita malah lelaki pun boleh meminumnya juga.

....


Pentingnya
Wanita Mengamalkan Pati Delima Gulsan ini

** Menegangkan payudara

** Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat

** Mencerahkan kulit

** Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda

** Membuang lemak berlebihan terutama di perut

** Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur

** Merawat dan mencegah kanser rahim 

** Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)

** Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan

** Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse - 
sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang.

** Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj
/rawat kegatalan faraj.

** Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA

** Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)



Antara lain khasiat Pati Delima Gulsan ni :-



-Membaik pulih fungsi hati dan limpa.

-Mencuci buah pinggang dan salur kencing

-Membantu penghadaman.

-Membuang lemak-lemak berlebihan.

-Menambah tenaga.

-Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung.

-Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause.

-Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah.

-Merawat dan membaik pulih pesakit kencing manis.

-Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin.

-Mencantikan kulit kerana kandungan antioksida yang tinggi

-Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung

-Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu

-Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit

-Menghapuskan masalah cacing pada kanak2

-Mengatasi masalah kemandulan

-Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung

-Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu

-Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan

-Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik

-Membantu mengurangkan batuk dan lelah


*** haa banyakkan khasiat dia. aku baru je habis sebotol Pati Delima Gulsan ni. Rasa dia Masam+ Manis. tapi kalau korang tak tahan kemasamannya.. terus je korang teguk air kosong bagi hilang rasa perit kemasaman kat tekak korang tuh.

Aku minum sebab nak menyuburkan rahim aku (mudah-mudahan ada rezeki zuriat untuk aku)  sambil-sambil tu nak bagi buang lelemak lebihan kat perut ni. 

sekian...

Wednesday 20 November 2013

Diet mengikut jenis darah.

Haaa.. entry kali ni aku suka nak taip.
Pasal diet. diet aku da rosak sejak lepas kahwin.
badan naik bertingkek-tingkek.
dari 65kg ------> 73kg. 
aku golongan berat berlebihan, masih belum obesiti lagi.

...

aku nak share sikit pasal Diet mengikut jenis darah kita.
aku darah Ooooo...
Entry bawah ni aku terbaca dekat dalam Kevin Zahri punya web. 
macam bagus je. macam best je.
(pssstt... arini aku baru nak start diet)
lets checkdup!

...

Credit to : Kevin Zahri

5 Diet paling popular sekarang? Disini saya akan menekankan beberapa diet popular yang dilakukan oleh rakyat Malaysia. Diri anda yang boleh memutuskan sama ada ia adalah pelan diet yang sesuai untuk anda ataupun tidak. Mari kita lihat satu persatu 5 diet popular di Malaysia.

1. Diet Atkin

Diet ini memang popular dan kini juga menjadi asas diet bagi produk suplemen Malaysia popular Alpha Lipid SDII. Secara am, konsep diet atkin adalah mengurangkan karbohidrat dalam diet tetapi lebihkan makanan yang tinggi dengan protein. Protein akan mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Dengan ketiadaan karbohidrat untuk dibakar sebagai tenaha, badan terpaksa membakar lemak – proses ini dinamakan ketosis.


Diet atkin membolehkan seseorang turun dengan cepat kerana karbohidrat telah dikeluarkan dalam senarai pemakanan dan mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, dan membawa kepada penurunan berat badan. Pada masa yang sama, pengurangan pengambilan karbohidrat akan memaksa badan untuk membuang air dengan banyak.

… awal-awal, anda boleh kurangkan 3-4kg seminggu tapi itu bukan 100% lemak, sebenarnya ia lebih kepada pembuangan air hasil daripada pengurangan makanan berkarbohidrat…
Hati-hati kerana kalau anda berhenti diet Aktins dan beralih kepada pemakanan karbohidrat yang lebih “biasa”, berat badan anda naik dengan cepat semula disebabkan water retention. Ini lebih kurang macam “carbo loading” yang diamalkan oleh atlit larian marathon.

2. Diet Detox

Diet serat yang tinggi membantu megurangkan berat air dan toksin dalam badan. Teorinya, jika badan bebas toksin, badan akan berfungsi lebih baik. Terdapat pelbagai corak diet detox iaitu pengambilan kalori yang rendah dan pengambilan produk seperti pil, herba, enama dan lain-lain.
Ianya juga diet yang membolehkan berat badan seseorang berkurangan dengan cepat. Tetapi harus ditekankan disini, pengurangan berat bukan kerana kehilangan lemak semata-mat tapi lebih kepada kehilangan air jugak. Kenapa air? Keraan badan kita tidak boleh menghadamkan serat yang kering dan keras. Jadi untuk membuangnya semula, badan terpaksa gunakan air yang banyak untuk “push it through” usus badan. ianya adalah disebabkan kotoran di usus telah hilang. Oleh itu terdapat kesan sampingan apabila mengamalkan diet ini secara berterusan.

3. Diet mengikut jenis darah

Diet berdasarkan golongan darah menunjukkan bahawa terdapat tindak balas kimia yang berlaku di antara darah dan makanan yang diambil. Setiap protein yang diserap tubuh, hanya sesuai dengan jenis darah tertentu sahaja.
Berkesankah? Teori yang agak popular untuk mengurangkan berat badan ini terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Ini kerana jika dilihat terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan berat badan selain jenis darah iaitu metabolisma, gula dan insulin dalam badan. Contohnya, dua orang yang mempunyai jenis darah yang sama mungkin mempunyai perbezaan dari segi keperluan metabolisme dan karbohidrat.
Pemakanan sihat tidak semestinya bergantung kepada jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

Darah O
Darah O
DigalakkanDibenarkanTidak dibenarkan
ProteinDaging lembu, kambing, rusa, cod, herring, mackerelSemua jenis daging dan makanan laut kecuali dalam senarai tidak dibenarkanBacon, ham, angsa, babi, barracuda, ikan keli, ikan salmon, kaviar, sotong
TenusuMentega, mozzarella, keju kambing, susu soyaSemua produk tenusu dan yogurts
LemakMinyak zaitun, minyak flaxseedMinyak canola, sesameMinyak jagung, minyak kacang, minyak safflower, minyak cottonseed
BijirinBiji  labu, walnutSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanKacang tanah, pistachio, biji poppy
KacangKacang azuki, black-eyed peasSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanKacang tamarine, kacang hijau, kacang merah
GandumRoti essene, roti EzekielBali, nasiJagung, gluten, oat, tepung, roti, mi
SayurBrocoli, bayam, dandelion, bawang, lobak, cili merah, ubi kentang, labu, rumpai lautTomatoTerung, jagung, avocado
BuahPlums, prunesAnggur, kebanyakan beriTembikai, tembikai susu, tangerine, strawberry, blackberry, kelapa
RempahKari, garam, cayenne pepperWhite pepper, black pepper, vinegar, cinnamon, cornstarch
PerasaChocolate, madu, cocaoSos tomato, mayonis
AirSoda, teaBir, wineKopi, black tea

Darah A


Darah A
DigalakkanDibenarkanTidak dibenarkan
ProteinAyam, ayam belandaDaging lembu, babi, kambing, rusa, kijang, itik
Makanan LautCod, ikan mas, kerapu, makarel, ikan siakap, salmon, sardinSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanBarracuda, kaviar, beluga, lala, ketam, udang sungai, katak, lobster, kerang, tiram, sotong, kura-kura
TenusuYogurt, mozzarella, keju kambing, susu kambingSemua jenis keju yang lain dan susu
LemakMinyak zaitun, minyak flaxseedMinyak canola, minyak cod liverMinyak jagung, cottonseed, minyak safflower, sesame
BijirinKacang, labuSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanKacang Brazil, cashew, pistachio
KacangKacang hijau, kacang hitam, black-eyed peasTamarind, kacang merah
GandumBuckwheat, amaranthGraola, wheat germ, wheat bran, durum wheat
Roti & MiRoti (Essene, Ezekiel, tepung soya, sprouted wheat), kek nasi, tepung (oat, nasi, rye), mi, pastaSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanEnglish muffins, roti (high-protein whole wheat, multi-grain), matzos
SayurHalia, bawang, broccoli, lobak, bayam, labu, dandelion, okra, tofuPepper, ubi kentang, yam, tomato, mushroom, eggplant
BuahNenas, cherry, apricot, anggur, lemonTembikai, tembikai susu, manga, betik, kelapa, oren, tangerine
RempahTamari, miso, sos soya, haliaVinegar, pepper
PerasaSos tomato, mayonis
MinumanAloe vera, green tea, red wine, kopiBir, soda, black tea


Darah B

Darah B
DigalakkanDibenarkanTidak dibenarkan
ProteinKambing, kijang, arnabLembu, ayam belanda, rusaAyam, itik, babi
Makanan LautCod, salmon, halibut, soleSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanSemua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura
TenusuKeju, keju kambing, susu kambing, mozzarella, susu, yogurtSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanAiskrim
LemakMinyak zaitunMinyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower
BijirinSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanCashew, pine, pistachio
KacangBlack-eyed pea, pinto, aduke, azuki, kacang hitam
GandumOatmeal, nasiSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanWheat, rye, buckwheat (cornflakes, cornmeal)
RotiRoti, beras perang, kek nasiSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanBagel, muffin, roti multi-grain, soba
SayurSayur hijauSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanTomato, jagung, zaitun, avocado, labu, tofu
BuahNenas, pisang, cranberry, anggur, betik, plumSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanKelapa, belimbing, pear
RempahKari, cayenne pepperSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
PerasaSos tomato, mayonis
MinumanGinger, peppermint, raspberry, green tea, ginseng, licoriceAloe vera, soda

Darah AB

Darah AB
DigalakkanDibenarkanTidak dibenarkan
ProteinKambing, arnab, ayam belandaSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanLembu, ayam, itik, babi, rusa, kijang
Makanan LautTuna, cod, makeral, pike, siakap merah, sardinSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanSemua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura
TenusuYogurt, telur, mozzarella, keju kambing, susu kambing, ricottaSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanKeju america, aiskrim, susu penuh
LemakMinyak zaitunMinyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower
BijirinPeanut, walnutSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanFilbert, biji labu, biji sesame
KacangLima
GandumMillet, oat bran, oatmeal, ryeSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanJagung, buckwheat, kasha, soba
SayurBroccoli, cauliflower, celery, cucumber, eggplant, garlic, ubi kentang, tempe, tofu, yamSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanArtichoke, avocado, jagung, lima, cili
BuahAnggur, plum, berry, cherry, nenas, lemon, kiwiManga, jambu, kelapa, pisang, oren
RempahKari, misoSemua kecuali dalam senarai tidak dibenarkanEsktrak almond, barli, tapioca
MinumanLicorice, red wine, dandelion, kopi, green teaSoda, black tea

3. Diet seimbang

Diet seimbang atau “balanced diet” adalah diet yang disyorkan kepada kita sejak zaman persekolahan lagi. Diet yang membekalkan nutrien mencukupi kepada pengamalnya. Ia mengandungi semua nutrisi yang diperlukan daripada semua kumpulan makanan untuk fungsi sel-sel badan, organ dan tisu.
Bagaimana pula dengan kalorinya? Diet ini juga dikenali sebagai piramid diet dimana karbohidrat:protein:lemak nisbah kalorinya sebanyak 55-30-15. Kunci utama keayaan diet seimbang ini ialah pengamalnya merancang keperluan kalorinya seharian dan dapat membezakan saiz hidangan yang diperlukan secara sederhana.
Berkesankah? Memakan diet yang seimbang boleh meringankan masalah kesihatan termasuk masalah jantung, artritis, tekanan darah tinggi dan kolesterol. Badan yang seimbang dari segi mental dan fizikal boleh mengakibatkan kecergasan dan kekuatan yang lebih, membolehkan anda menjalani kehidupan yang lebih panjang dan sihat. Orang yang lebih aktif dan bertenaga juga dapat menangani lebih baik stress, trauma, kebimbangan dan lan-lain
…tapi hati-hati! Walaupun anda makan diet yang seimbang, pastikan anda kenalpasti keperluan kalori seharian anda. Kalau tidak, diet seimbang pun boleh menggemukkan…


5. No rice diet

Diet ini adalah popular dilakukan oleh ramai orang di Malaysia yang menghentikan pengambilan nasi dalam pengambilan pemakanan seharian. Jika pengamalnya berjaya mengurangkan berat, ia adalah kerana telah melakukan kalori defisit dan bukan kerana menghentikan pengambilan nasi semata-mata. 
Nasi tidak bersalah tetapi saiz hidangan nasi yang diambil menjadi faktor utama dalam pengawalan kalori seseorang. Menghentikan sesuatu nutrisi dalam pemakanan kita bukanlah sesuatu yang bijak dan tidak berkesan untuk jangka masa yang lama kerana nasi adalah makanan ruji orang asia.

Jadi diet mana yang terbaik?

Bagi saya, tiada masalah untuk mencuba mana-mana diet. Yang penting: faham asas-asas nutrisi mana-mana diet dan sesuaikan untuk kehidupan anda yang unik.
Jadilah pengguna dan pengamal diet pemakanan yang bijaksana.

***so.. jom kita amalkan cara diet melalui darah. aku ni jenis kuat makan roti gardenia. kat umah tak penah putus-putus roti gardenia. makan sekali 2-3keping. mana taknya badan aku naik. nanti aku buat entry lagi mengenai 10 Makanan Yang Perlu Dielakkan semasa berdiet.

Sekian.

Tuesday 19 November 2013

Keguguran diawal Kehamilan

Apakah maksud keguguran pada awal kehamilan?


Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Agak malang kerana perkara ini kerap berlaku, malah tidak mustahil bagi anda mengalami keguguran walaupun sebelum anda tahu bahawa anda hamil. Dianggarkan sebanyak tiga perempat daripada semua telur yang disenyawakan akan gugur dalam minggu-minggu awal kehamilan ini. 


Selepas ujian kehamilan yang positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kemungkinan kehamilan itu akan gugur. Waktu inilah kebanyakan kes keguguran berlaku. 



Keguguran pada mana-mana fasa kehamilan boleh jadi amat menyedihkan. Walaupun ia berlaku semasa awal kehamilan, adalah perkara biasa bagi seseorang wanita itu rasa terkejut dan kecewa. Jangan rasa bahawa anda tidak dibenarkan berkabung akibat kehilangan ini. 


Apakah yang menyebabkan keguguran pada awal kehamilan?


Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku kerana embrio tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Masalah kromosom juga dikatakan adalah penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab dan mungkin tidak akan berlaku lagi. 


Bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk dia berkembang seperti sepatutnya. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Ketaknormalan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ketaknormalan ini mungkin berlaku kerana jumlah kromosom tidak tepat, atau kerana terdapat perubahan dalam struktur kromosom tersebut. Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada fasa embrio. 

Bagaimanakah saya boleh tahu jika saya mengalami keguguran pada awal kehamilan?


Tanda-tanda keguguran yang paling biasa ialah keluar banyak darah daripada faraj disertai dengan kesakitan yang menyerupai senggugut yang teruk. Kadang-kala, ia akan terhenti dan kehamilan itu berterusan. Ini dipanggil ancaman keguguran (threatened miscarriage). Walau bagaimanapun, jika proses keguguran itu benar-benar sedang berlangsung, malangnya ia tetap akan berlaku. 


Anda boleh mendapatkan nasihat-nasihat dan sokongan dalam arikel kami mengenai apa yang patut dilakukan jika anda rasa anda mengalami keguguran


Apakah yang berlaku selepas keguguran?


Anda tidak semestinya perlu ke hospital. Dalam separuh daripada kes sebegini, tubuh wanita tersebut akan menyempurnakan proses keguguran itu secara semula jadi. Jika ini berlaku kepada anda, anda tidak perlu rawatan lanjut. Pendarahan biasanya akan berkurangan dalam seminggu hingga 10 hari dan biasanya akan berhenti selepas dua minggu. 


Anda boleh berehat sahaja di rumah, namun anda mungkin memerlukan pil penahan sakit dan botol air panas untuk dituamkan di perut. Dan yang penting sekali, anda perlu seseorang di sisi untuk menjaga dan menyenangkan hati anda. 



Walau bagaimanapun, doktor anda mungkin mencadangkan anda menjalani imbasan ultrabunyi (ultrasound) dan ujian-ujian lain sekadar untuk memastikan badan anda sembuh seperti sepatutnya. 



Jika pendarahan tidak berkurangan atau berhenti selepas dua minggu, ada kemungkinan yang anda memerlukan rawatan daripada doktor di hospital. Pendarahan tersebut mungkin bermakna ada tisu-tisu kehamilan yang tertinggal di dalam uterus (rahim) anda. Ini dipanggil keguguran tidak sempurna (atau keguguran berpanjangan) dan memerlukan rawatan. Doktor mungkin akan menerangkan kepada anda tentang langkah-langkah yang boleh diambil seperti berikut: 

  • Pengurusan ekspektasi (expectant management) : masa diberikan untuk pendarahan berhenti sendiri, selagi tiada tanda berlakunya jangkitan.
  • Pengurusan perubatan (medical management): ubat-ubatan diberikan untuk membantu keguguran itu selesai dengan baik.
  • Pengurusan pembedahan (surgical management): pembedahan kecil dilakukan untuk menyempurnakan keguguran tersebut.


Melalui pengurusan perubatan, anda mungkin diberi pil untuk dimakan atau ubat jenis pesari yang dimasukkan ke dalam faraj. Selepas pengurusan perubatan dijalankan, pendarahan anda mungkin menjadi lebih kuat dan mengambil masa sehingga tiga minggu untuk berhenti. Tetapi anda tidak perlu tinggal lama di hospital selepas rawatan dijalankan. 


Pengurusan pembedahan melibatkan pembedahan kecil yang dipanggil ERPC. Ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dan pesakit biasanya sembuh dengan cepat. Pesakit biasanya akan diberi bius umum (general anaesthetic) dan akan tidur semasa pembedahan dijalankan. ERPC adalah singkatan bagi evacuation of retained products of conception (pengeluaran bahan hasil persenyawaan yang terkumpul). Ia dijalankan untuk mengeluarkan sisa kehamilan dan tisu uri (plasenta) daripada uterus. 



Kira-kira separuh daripada wanita yang diberi pilihan di atas memilih ERPC berbanding mengambil pil atau pesari. Ini kerana pendarahan berhenti lebih cepat selepas pembedahan. Ini bermakna anda mungkin tidak perlu pergi ke hospital semula untuk rawatan lanjut. Kaedah ini sangat berkesan. Dalam 95 peratus kes, tiada rawatan lanjut diperlukan. ERPC juga ialah rawatan terbaik jika anda mengalami pendarahan teruk atau terdapat tanda-tanda jangkitan. 



Pilihan samada mendapatkan rawatan dan jenis rawatan yang hendak dijalani adalah keputusan peribadi. Sesetengah wanita lebih suka membiarkan perkara ini berlaku secara semula jadi, walaupun ini bermakna mereka mungkin perlu mendapatkan rawatan di kemudian hari. Sesetengah yang lain pula mahu proses keguguran ini selesai secepat mungkin. 



Adalah penting bagi anda mengetahui dengan jelas pilihan yang diberikan supaya anda boleh membuat keputusan yang terbaik. Doktor anda juga akan memberitahu anda jika mereka mempunyai pendapat mengenai jenis rawatan yang difikirkan lebih baik demi kesihatan anda. 



Selepas gugur kali pertama, doktor biasanya tidak akan mengaturkan sebarang ujian khas kerana masalah keguguran pada awal kehamilan adalah perkara biasa. Ia biasanya bukan disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius, dan kemungkinan besar kehamilan seterusnya akan berjaya. 


Saya masih bersedih mengenangkan keguguran saya. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan?


Sebaik sahaja anda dapat tahu bahawa anda hamil, anda mungkin mula memikirkan mengenai bulan-bulan yang akan datang dan menantikannya dengan penuh debaran. Ini merupakan salah satu sebab mengapa keguguran sangat menyedihkan bagi kebanyakan wanita. Ia menamatkan segala angan-angan dan rancangan buat seketika, dan boleh menyebabkan anda merasa kehilangan dan murung

Menghadapi keguguran ialah satu pengalaman yang menyedihkan. Kehilangan seorang bayi meremukkan hati, tidak kira seawal mana ia berlaku. Anda perlu memberi peluang kepada diri anda untuk meluahkan kekecewaan dan kesedihan. 


Namun, anda juga harus melihat ke masa hadapan. Apabila anda telah bersedia untuk mencuba untuk hamil lagi, anda boleh menarik nafas lega kerana kebanyakan wanita yang senasib dengan anda dapat hamil semula dan melahirkan bayi yang sihat. 


Credit to : Babycenter

Kandungan Molar / Kandungan Anggur (Molar Pregnancy)


BAHAYA KANDUNGAN ANGGUR

Oleh Dr. Suraya Arshad A.M.ZPakar Perunding Obatetrik & Ginekologi

MUNGKIN tidak ramai wanita yang tahu apa itu kandungan anggur atau molar pregnancy. Bagi yang tidak tahu mungkin mereka akan mengatakan ia tidak wujud. Ia dipanggil kandungan anggur kerana kandungan tersebut kelihatan seperti gugusan buah anggur.Insiden sebenar kandungan anggur tidak di ketahui. Tetapi kes-kesnya dipercayai lebih tinggi di Asia berbanding Eropah. Contohnya, kadar kandungan anggur di United Kingdom dan Amerika Syarikat ialah antara 1:2000 kandungan sehingga 1:1000 kandungan.Berbanding di Filipina, di negara itu insidennya ialah 1:200 hingga 1:150 bagi setiap kehamilan.

Kandungan anggur ini sering terjadi di kalangan wanita yang hamil pada usia kurang 20 tahun dan 45 tahun ke atas.Mungkinkah ia berlaku kerana wanita Asia mempunyai kadar kelahiran yang lebih tinggi berbanding wanita kulit putih?Atau mungkinkah wanita Asia biasanya akan memulakan hidup berkeluarga pada usia yang jauh lebih muda dan terus melahirkan anak sehingga usia meningkat.Atau apakah faktor pemakanan juga memainkan peranan?

Ini adalah sebahagian daripada pandangan para penyelidik tentang kandungan anggur.
Jenis kandungan anggur-
Complete hydatiform mole Jenis ini terjadi akibat persenyawaan berlaku antara benih lelaki (sperm) dengan benih wanita (ovum) yang kosong iaitu ovum yang tiada nucleus. Akibatnya cuma kromosom sperma yang akan berganda. Corak kromosomnya ialah 46XX iaitu kesemuanya berasal dari benih lelaki. Ini adalah jenis kandungan molar yang selalu terjadi-



Partial mole

Jenis ini jarang berlakuTisu embrio atau tisu janin akan kelihatan pada jenis ini. Ia juga berasal dari benih lelaki sahaja. Janin yang terbentuk biasanya akan mati apabila mencecah usia 10 minggu. Jarang janin ini menjangkau sehingga usia matang.Sekalipun ia hidup, biasanya bayi itu akan mempunyai pelbagai kecacatan (multiple anomalies).

Tisu kandungan molar sememangnya kelihatan seperti gugusan buah anggur kerana tisu janin iaitu chorionic villi dan trophoblast telah menjadi hyperplastic.

Mengesan kandungan anggur

Biasanya doktor akan mengesyaki wanita itu mengandung kandungan molar jika wanita tersebut mempunyai gejala atau komplikasi seperti:-
-Saiz rahim lebih besar dari usia kandungan- 
-Alahan yang teruk (Hyperemesis Gravidarum)
- Pendarahan faraj. 
Ia merupakan gejala yang sering terjadi sehingga 90 peratus.Biasanya pendarahan yang bermula akan terus berdarah. Ini ialah tanda yang menunjukkan kandungan anggur tersebut akan mula gugur. Dalam keadaan ini, jika tiada tindakan cepat wanita itu akan kehilangan banyak darah dan mungkin akan membawa maut-
-Pre eklampsia.
Tekanan darah boleh jadi terlalu tinggi. Jika tidak dikawal boleh mengakibatkan sawan atau eklampsia. Komplikasi ini juga berbahaya.-
- Hipertiroidism.
Adakalanya wanita boleh mengalami gejala seperti penyakit thyrotxicosis iaitu keadaan di mana kelenjar thyroid menjadi hiperaktif. Mengapa keadaan ini boleh terjadi tidak begitu di ketahui. Ada yang berpendapat paras hormon B HCG (beta human chorionic gonadotrophin) yang terlalu tinggi pada wanita yang mengandung kandungan molar boleh merangsangkan kelenjar tiroid. Jika komplikasi ini berlaku maka keadaan hipertiroid harus dikawal sebelum rawatan diberi.
- Pulmonari emboli.
Ini juga merupakan satu situasi dan komplikasi berbahaya yang boleh menyebabkan kematian.Disebabkan gejala seperti alahan dan pendarahan juga boleh berlaku pada wanita yang mengandung normal, satu cara yang mudah dan cepat bagi doktor untuk membezakan kandungan normal atau tidak ialah melalui pemeriksaan ultrasound. Pada masa kini pemeriksaan ultrasound mudah didapati dan tidak invasif. Ia merupakan pemeriksaan rutin yang dilakukan kepada semua ibu mengandung. Dalam kandungan molar, struktur janin (fetus) tidak kelihatan melalui pemeriksaan ultrasound. Apa yang dilihat cuma snow storm appearance. Selain itu, pemeriksaan X-ray juga boleh dilakukan. Pemeriksaan darah untuk hormon B HCG juga perlu dibuat.Biasanya paras hormon tersebut jauh lebih tinggi bagi wanita yang mengandung kandungan anggur.

RawatanRawatan yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan kandungan anggur tersebut seboleh-bolehnya sebelum pendarahan atau keguguran berlaku.
Kaedah yang biasa dilakukan ialah suction & currettage. Dalam kes-kes tertentu adakalanya prosedur tersebut terpaksa diulang akibat pengeluaran kandungan molar tidak dikeluarkan sepenuhnya. 

Bagaimanapun, rawatan bukanlah berakhir setakat itu sahaja.Apa yang amat ditakuti ialah kandungan anggur boleh menyebabkan kanser choriocarcinoma. Hampir 20 peratus daripada kandungan molar boleh menyebabkan kanser tersebut.Namun, ini tidak bermakna wanita yang mengandung kandungan normal, mengalami keguguran atau kandungan luar rahim terkecuali daripada kanser tersebut. 

Risiko kanser ini adalah lebih tinggi selepas kandungan molar.

Sehubungan itu, wanita yang telah menjalani rawatan suction & curettage biasanya akan menerima rawatan susulan selama dua tahun atau lebih. Ujian seperti X-ray dada dan pemeriksaan darah akan dilakukan selain pemantauan paras hormon B HCG.Pada peringkat pemulaan, paras hormon akan dipantau setiap dua minggu sehingga paras hormon turun.Pemantauan selanjutnya akan dilakukan setiap tiga bulan dan enam bulan seterusnya. Paras hormon B HCG akan menurun selepas kandungan molar dikeluarkan dalam tempoh antara 12 hingga 14 minggu.Jika paras hormon menjadi lebih tinggi, tidak berubah atau mengambil masa yang lama untuk hilang, ini menunjukkan berkemungkinan tanda-tanda kanser akan timbul. Rawatan kemoterapi akan dimulakan untuk mengelakkan kanser terjadi.

Berbanding dengan jenis kanser lain, peluang untuk kanser ini sembuh adalah 100 peratus. Disebabkan pengesanan awal, rawatan yang cepat dan disusuli dengan rawatan susulan, bilangan kes-kes kanser choriocarcinima jarang dikesan.Oleh kerana kandungan molar boleh terjadi pada setiap wanita yang mengandung, ada baiknya juga kita tahu tentang kandungan yang tidak normal seperti kandungan molar agar rawatan dan kepentingan rawatan susulan dapat difahami bersama.