Showing posts with label simple. Show all posts
Showing posts with label simple. Show all posts

Thursday, 5 December 2013

Resepi : Pancake Old Fashioned - Simple n Sedap

Aku buat pankek semalam. frust punya pasal, aku buat pankek paling sedap dalam dunia.
malas aku nak citer panjang. ni aku bagi resepi.

comel je kan Pancake aku tu. hehe.

BAHAN-BAHANNYA 
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar (aku guna susu rendah lemak)
2 camca besar gula kastor
2 camca besar penuh mentega, cair dan sejukkan
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla
Jam Strawberry, mentega dan madu untuk dimakan bersama pancake

CARA MEMBUATNYA 
**Dalam satu bekas masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder, gula halus dan garam. Kacau rata. Buat lubang di tengah2 tepung dan masukkan telur, kacau perlahan dengan whisk, kemudian tuang susu segar sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga susu habis dan adunan sebati. Tuang mentega cair dan esen vanilla. Kacau rata hingga licin dan tidak berbintil2. Rehatkan 10 minit.


**Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak . Cedok 1/4 cawan adunan pancake dan tuang di tengah2 pan tadi. Biar adunan merebak sendiri. Masak dengan api kecil hingga permukaan pancake berlubang2 dan kelihatan pucat. Terbalikkan dan masak sekejap lagi dan angkat.

**Buat kaedah sama untuk baki adunan tadi...Hidangkan bersama mentega, strawberry jam atau madu. 

credit to : Dapur Tanpa Sempadan

haa siappp sudah.. apa lagi jommm mkn!!!

Sunday, 17 November 2013

Resepi : Spaghetti Meatball Bolognise Mudah dan Sedap! (psst.. Ni resepi secret aku!)

aku ni kaki makan spaghetti. kira aku ni hantu makan spaghetti.
macam-macam stail spageti dah aku buat. kali ni aku nak kongsi resepi secret aku. kali ni aku nak turun temurun kat korang pulak.
ok aku malas panjang kan cerita. jomm start masak!

.....


ni gambar ihsan dari encik Google. aku takdan nak amik gambar dah ngapp terus.

Bahan-Bahan

Minyak masak/Zaitun & Sedikit butter untuk tumis. (aku guna minyak zaitun dan buttercup)
2 sudu besar cili kering kisar
1 biji  Bawang Besar 
4 ulas Bawang Putih - 2 ulas dicincang dadu , 2 ulas potong seperti biasa.
2 biji Tomato - dipotong dadu.
2 biji Cili Benggala - Kuning dan Hijau - Sila potong dadu. (Aku jarang beli cili benggala ni. nak letak boleh tak mau letak pun takpa.
4 keping daging burger Ramly - korang bagi hancur-hancurkan
2 keping daging kisar Ramly - daging kisar ni dia dah bentuk petak so korang hancur-hancurkan jugak.
1 paket Spaghetti - aku guna jenama San Remo.
2 tin besar Tomato Puree - aku guna Duchef sebab Duchef sedap sikit dari yang lain.
Sedikit serbuk lada sulah/ serbuk Blackpepper
Sedikit kicap Lea & Perrins (kicap ni banyak jual kat Tesco ka, Giant ka, kedai supermarket depan rumah pun ada.

dan bahan yang paling penting dalam masakan Spaghetti. bahan ni adalah penyedap rasa spaghetti korang tu.

- daun oregano/serbuk oregano. (biase aku guna daun oregano)
- daun bay
- sedikit ajinamoto
- sedikit garam

Cara Masakan

Spaghetti

* Rebuskan spaghetti, tuangkan sedikit minyak(masak/zaitun) dan sedikit sahaja butter ke dalam air rebusan spaghetti tu.
* Minyak diperlukan supaya spaghetti kita tidak melekat. yang penting jangan letak banyak sangat minyak dan jangan terkurang. letak agak-agak mengikut berapa banyak spaghetti itu direbus. 
* Setelah spaghetti tu dah masak, sila toskan spaghetti tu dan simpankan sedikit air rebusan spaghetti untuk dicampurkan ke dalam sos/kuah spaghetti.

Meatball/Bebola daging

* Cerai-ceraikan daging burger ramly tu sampai betul-betul hancur. Kalau tak hancur, nanti bebola ni akan   hancur bila digoreng.
* Campurkan sedikit serbuk lada sulah/serbuk blackpepper, sedikit ajinamoto dalam daging tadi.
* Gaulkan sampai sebati.
* Dah gaul, korang bulat-bulatkan seperti bola. lepas tu silalah goreng. 
* * kenapa aku tak beli bebola daging dah siap, sebab daging burger ramly ni lagi sedap bila jadi bebola.

Daging kisar 

* Setelah korang dah cerai-ceraikan daging kisar tu, campurkan bawang putih yang sudah dipotong dadu,   sedikit lada sulah dan sedikit kicap Lea & Perrins.
* Gaulkan sehingga sebati, korang boleh goreng  pulak daging kisar ni. 
** kenapa digoreng dahulu? sebab aku tak suka makan daging kisar ini tanpa digoreng dahulu. rasa cam     daging tak masak pulak.

Yang paling penting ialah - Sos/Kuah Spaghetti

* Campurkan minyak zaitun sedikit dan butter sedikit untuk tumis. Jangan letak butter banyak sangat nanti   rasa terlalu lemak jadi muak.
* Tumiskan bawang putih dan bawang besar. Setelah naik bau dan rasa. masukkan 2 sudu besar cili kering   kisar. dan masak sehingga cili tu naik minyak. (Cili kering ni sebab aku suka Spaghetti ada pedas-masam- manis)
* Masukkan 3 sudu besar serbuk daun Oregano dan 2 keping daun bay dan kacau dan kicap Lea & Perrins.         
* Masukkan Tomato puree duchef tadi dan masak sehingga mendidih. dan campurkan sedikit air rebusan spaghetti tadi.
* Dah mendidih, masukkan bahan-bahan yang dah digoreng tadi, Meatball yang dibulat-bulatkan dan daging kisar goreng. kacau dan terus mengacau.
* Setelah dikacau dan agak-agak dah nak masak, rasa dahulu masin ke tawar ke. biase tawar sebab belum masuk garam. Masukkan sedikit garam dan ajinamoto secukup rasa.
* Dan akhir sekali, masukkan tomato yang dah dipotong dadu dan lada bengala dipotong dadu tadi. kacau- kacau dan siap.


********ambik pinggan, letak Spaghetti, letak kuah/sos, dah siap tu apa lagi.. kita ngapp je lah terus... 


Sekian, terima kasih.