Haaa.. entry kali ni aku suka nak taip.
Pasal diet. diet aku da rosak sejak lepas kahwin.
badan naik bertingkek-tingkek.
dari 65kg ------> 73kg.
aku golongan berat berlebihan, masih belum obesiti lagi.
...
aku nak share sikit pasal Diet mengikut jenis darah kita.
aku darah Ooooo...
Entry bawah ni aku terbaca dekat dalam Kevin Zahri punya web.
macam bagus je. macam best je.
(pssstt... arini aku baru nak start diet)
lets checkdup!
...
5 Diet paling popular sekarang? Disini saya akan menekankan beberapa diet popular yang dilakukan oleh rakyat Malaysia. Diri anda yang boleh memutuskan sama ada ia adalah pelan diet yang sesuai untuk anda ataupun tidak. Mari kita lihat satu persatu 5 diet popular di Malaysia.
1. Diet Atkin
Diet ini memang popular dan kini juga menjadi asas diet bagi produk suplemen Malaysia popular Alpha Lipid SDII. Secara am, konsep diet atkin adalah mengurangkan karbohidrat dalam diet tetapi lebihkan makanan yang tinggi dengan protein. Protein akan mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Dengan ketiadaan karbohidrat untuk dibakar sebagai tenaha, badan terpaksa membakar lemak – proses ini dinamakan ketosis.
Diet atkin membolehkan seseorang turun dengan cepat kerana karbohidrat telah dikeluarkan dalam senarai pemakanan dan mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, dan membawa kepada penurunan berat badan. Pada masa yang sama, pengurangan pengambilan karbohidrat akan memaksa badan untuk membuang air dengan banyak.
… awal-awal, anda boleh kurangkan 3-4kg seminggu tapi itu bukan 100% lemak, sebenarnya ia lebih kepada pembuangan air hasil daripada pengurangan makanan berkarbohidrat…
Hati-hati kerana kalau anda berhenti diet Aktins dan beralih kepada pemakanan karbohidrat yang lebih “biasa”, berat badan anda naik dengan cepat semula disebabkan water retention. Ini lebih kurang macam “carbo loading” yang diamalkan oleh atlit larian marathon.
2. Diet Detox
Diet serat yang tinggi membantu megurangkan berat air dan toksin dalam badan. Teorinya, jika badan bebas toksin, badan akan berfungsi lebih baik. Terdapat pelbagai corak diet detox iaitu pengambilan kalori yang rendah dan pengambilan produk seperti pil, herba, enama dan lain-lain.
Ianya juga diet yang membolehkan berat badan seseorang berkurangan dengan cepat. Tetapi harus ditekankan disini, pengurangan berat bukan kerana kehilangan lemak semata-mat tapi lebih kepada kehilangan air jugak. Kenapa air? Keraan badan kita tidak boleh menghadamkan serat yang kering dan keras. Jadi untuk membuangnya semula, badan terpaksa gunakan air yang banyak untuk “push it through” usus badan. ianya adalah disebabkan kotoran di usus telah hilang. Oleh itu terdapat kesan sampingan apabila mengamalkan diet ini secara berterusan.
3. Diet mengikut jenis darah
Diet berdasarkan golongan darah menunjukkan bahawa terdapat tindak balas kimia yang berlaku di antara darah dan makanan yang diambil. Setiap protein yang diserap tubuh, hanya sesuai dengan jenis darah tertentu sahaja.
Berkesankah? Teori yang agak popular untuk mengurangkan berat badan ini terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Ini kerana jika dilihat terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan berat badan selain jenis darah iaitu metabolisma, gula dan insulin dalam badan. Contohnya, dua orang yang mempunyai jenis darah yang sama mungkin mempunyai perbezaan dari segi keperluan metabolisme dan karbohidrat.
Pemakanan sihat tidak semestinya bergantung kepada jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.
Darah O
Darah O
|
| Digalakkan | Dibenarkan | Tidak dibenarkan |
Protein | Daging lembu, kambing, rusa, cod, herring, mackerel | Semua jenis daging dan makanan laut kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Bacon, ham, angsa, babi, barracuda, ikan keli, ikan salmon, kaviar, sotong |
Tenusu | | Mentega, mozzarella, keju kambing, susu soya | Semua produk tenusu dan yogurts |
Lemak | Minyak zaitun, minyak flaxseed | Minyak canola, sesame | Minyak jagung, minyak kacang, minyak safflower, minyak cottonseed |
Bijirin | Biji labu, walnut | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Kacang tanah, pistachio, biji poppy |
Kacang | Kacang azuki, black-eyed peas | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Kacang tamarine, kacang hijau, kacang merah |
Gandum | Roti essene, roti Ezekiel | Bali, nasi | Jagung, gluten, oat, tepung, roti, mi |
Sayur | Brocoli, bayam, dandelion, bawang, lobak, cili merah, ubi kentang, labu, rumpai laut | Tomato | Terung, jagung, avocado |
Buah | Plums, prunes | Anggur, kebanyakan beri | Tembikai, tembikai susu, tangerine, strawberry, blackberry, kelapa |
Rempah | Kari, garam, cayenne pepper | | White pepper, black pepper, vinegar, cinnamon, cornstarch |
Perasa | | Chocolate, madu, cocao | Sos tomato, mayonis |
Air | Soda, tea | Bir, wine | Kopi, black tea |
Darah A
Darah A
|
| Digalakkan | Dibenarkan | Tidak dibenarkan |
Protein | | Ayam, ayam belanda | Daging lembu, babi, kambing, rusa, kijang, itik |
Makanan Laut | Cod, ikan mas, kerapu, makarel, ikan siakap, salmon, sardin | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Barracuda, kaviar, beluga, lala, ketam, udang sungai, katak, lobster, kerang, tiram, sotong, kura-kura |
Tenusu | | Yogurt, mozzarella, keju kambing, susu kambing | Semua jenis keju yang lain dan susu |
Lemak | Minyak zaitun, minyak flaxseed | Minyak canola, minyak cod liver | Minyak jagung, cottonseed, minyak safflower, sesame |
Bijirin | Kacang, labu | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Kacang Brazil, cashew, pistachio |
Kacang | Kacang hijau, kacang hitam, black-eyed peas | | Tamarind, kacang merah |
Gandum | Buckwheat, amaranth | | Graola, wheat germ, wheat bran, durum wheat |
Roti & Mi | Roti (Essene, Ezekiel, tepung soya, sprouted wheat), kek nasi, tepung (oat, nasi, rye), mi, pasta | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | English muffins, roti (high-protein whole wheat, multi-grain), matzos |
Sayur | Halia, bawang, broccoli, lobak, bayam, labu, dandelion, okra, tofu | | Pepper, ubi kentang, yam, tomato, mushroom, eggplant |
Buah | Nenas, cherry, apricot, anggur, lemon | | Tembikai, tembikai susu, manga, betik, kelapa, oren, tangerine |
Rempah | Tamari, miso, sos soya, halia | | Vinegar, pepper |
Perasa | | | Sos tomato, mayonis |
Minuman | Aloe vera, green tea, red wine, kopi | | Bir, soda, black tea |
Darah B
Darah B
|
| Digalakkan | Dibenarkan | Tidak dibenarkan |
Protein | Kambing, kijang, arnab | Lembu, ayam belanda, rusa | Ayam, itik, babi |
Makanan Laut | Cod, salmon, halibut, sole | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Semua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura |
Tenusu | Keju, keju kambing, susu kambing, mozzarella, susu, yogurt | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Aiskrim |
Lemak | Minyak zaitun | | Minyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower |
Bijirin | | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Cashew, pine, pistachio |
Kacang | | | Black-eyed pea, pinto, aduke, azuki, kacang hitam |
Gandum | Oatmeal, nasi | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Wheat, rye, buckwheat (cornflakes, cornmeal) |
Roti | Roti, beras perang, kek nasi | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Bagel, muffin, roti multi-grain, soba |
Sayur | Sayur hijau | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Tomato, jagung, zaitun, avocado, labu, tofu |
Buah | Nenas, pisang, cranberry, anggur, betik, plum | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Kelapa, belimbing, pear |
Rempah | Kari, cayenne pepper | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | |
Perasa | | | Sos tomato, mayonis |
Minuman | Ginger, peppermint, raspberry, green tea, ginseng, licorice | | Aloe vera, soda |
Darah AB
Darah AB
|
| Digalakkan | Dibenarkan | Tidak dibenarkan |
Protein | Kambing, arnab, ayam belanda | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Lembu, ayam, itik, babi, rusa, kijang |
Makanan Laut | Tuna, cod, makeral, pike, siakap merah, sardin | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Semua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura |
Tenusu | Yogurt, telur, mozzarella, keju kambing, susu kambing, ricotta | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Keju america, aiskrim, susu penuh |
Lemak | Minyak zaitun | | Minyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower |
Bijirin | Peanut, walnut | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Filbert, biji labu, biji sesame |
Kacang | | | Lima |
Gandum | Millet, oat bran, oatmeal, rye | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Jagung, buckwheat, kasha, soba |
Sayur | Broccoli, cauliflower, celery, cucumber, eggplant, garlic, ubi kentang, tempe, tofu, yam | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Artichoke, avocado, jagung, lima, cili |
Buah | Anggur, plum, berry, cherry, nenas, lemon, kiwi | | Manga, jambu, kelapa, pisang, oren |
Rempah | Kari, miso | Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan | Esktrak almond, barli, tapioca |
Minuman | Licorice, red wine, dandelion, kopi, green tea | | Soda, black tea |
3. Diet seimbang
Diet seimbang atau “balanced diet” adalah diet yang disyorkan kepada kita sejak zaman persekolahan lagi. Diet yang membekalkan nutrien mencukupi kepada pengamalnya. Ia mengandungi semua nutrisi yang diperlukan daripada semua kumpulan makanan untuk fungsi sel-sel badan, organ dan tisu.
Bagaimana pula dengan kalorinya? Diet ini juga dikenali sebagai piramid diet dimana karbohidrat:protein:lemak nisbah kalorinya sebanyak 55-30-15. Kunci utama keayaan diet seimbang ini ialah pengamalnya merancang keperluan kalorinya seharian dan dapat membezakan saiz hidangan yang diperlukan secara sederhana.
Berkesankah? Memakan diet yang seimbang boleh meringankan masalah kesihatan termasuk masalah jantung, artritis, tekanan darah tinggi dan kolesterol. Badan yang seimbang dari segi mental dan fizikal boleh mengakibatkan kecergasan dan kekuatan yang lebih, membolehkan anda menjalani kehidupan yang lebih panjang dan sihat. Orang yang lebih aktif dan bertenaga juga dapat menangani lebih baik stress, trauma, kebimbangan dan lan-lain
…tapi hati-hati! Walaupun anda makan diet yang seimbang, pastikan anda kenalpasti keperluan kalori seharian anda. Kalau tidak, diet seimbang pun boleh menggemukkan…
5. No rice diet
Diet ini adalah popular dilakukan oleh ramai orang di Malaysia yang menghentikan pengambilan nasi dalam pengambilan pemakanan seharian. Jika pengamalnya berjaya mengurangkan berat, ia adalah kerana telah melakukan kalori defisit dan bukan kerana menghentikan pengambilan nasi semata-mata.
Nasi tidak bersalah tetapi saiz hidangan nasi yang diambil menjadi faktor utama dalam pengawalan kalori seseorang. Menghentikan sesuatu nutrisi dalam pemakanan kita bukanlah sesuatu yang bijak dan tidak berkesan untuk jangka masa yang lama kerana nasi adalah makanan ruji orang asia.
Jadi diet mana yang terbaik?
Bagi saya, tiada masalah untuk mencuba mana-mana diet. Yang penting: faham asas-asas nutrisi mana-mana diet dan sesuaikan untuk kehidupan anda yang unik.
Jadilah pengguna dan pengamal diet pemakanan yang bijaksana.
***so.. jom kita amalkan cara diet melalui darah. aku ni jenis kuat makan roti gardenia. kat umah tak penah putus-putus roti gardenia. makan sekali 2-3keping. mana taknya badan aku naik. nanti aku buat entry lagi mengenai 10 Makanan Yang Perlu Dielakkan semasa berdiet.
Sekian.